Tuesday, March 26, 2013

3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan

Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

1. Produk untuk di promosikan.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

2. Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

3. Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

No comments:

Post a Comment