Sunday, March 31, 2013

3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate

Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada 3 kesilapan umum yang selalu di amalkan oleh newbie affiliate.


Pertama: Salah memilih program affiliate.
Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk tersebut.  Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli.


Kedua: Masuk banyak sangat program affiliate.
Tolonglah!!Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional.  Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.


Ketiga: Tidak membeli produk atau menggunakan servis yang di tawarkan.
Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagi affiliate, tetapi anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum  melakukan promosi.  Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

Friday, March 29, 2013

lima teknik yang seorang super affiliate perlu ada

1. Tahu mencari niche yang profitable
Seorang super affilite perlu sedar dan alert pada niche yang profitable dan popular di pasaran. Anda perlu alert pada trend semasa, produk apa yang popular dan di minati ramai pada keadaan semasa atau dalam masa beberapa bulan lagi. Kadangkala, trend menular dengan begitu pantas dan anda perlu alert.

Untuk mengetahu niche yang profitable, anda boleh melakukan kajian melalui

•    Surat khabar.
•    Berita televisyen.
•    Iklan televisyen.
•    Forum-forum di Internet.
•    Google trends
•    Ebay pulse


2. Menjadi seseorang yang pandai menyelesaikan masalah.
Seorang super affiliate akan mencari masalah bagi sesuatu komuniti dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Seorang super affiliate handal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pendek kata, pandai mengambil kesempatan berdasarkan situasi.


3. Belajar mengenal pesaing.
Super affiliate sentiasa sign up newsletter pesaing-pesaingnya supaya dia tahu bagaimana pesaing-pesaingnya melakukan promosi. Di samping itu, super affiliate sentiasa kenal dan tahu apa yang pesaing mereka lakukan dalam keadaan semasa. Mengenal pesaing beerti mereka tahu keadaan sekeliling mereka dan membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri pada keadaan semasa.


4. Beri apa yang orang mahu.
Seorang super affiliate hanya memberi apa yang orang mahu. Jika newsletter beliau adalah dalam niche keluarga, hanya produk niche tersebut di promosikan kepada pelanggan newsletter beliau. Mereka tidak akan campur adukkan niche. Mereka fokus pada satu niche dan cari trafik berdasarkan profitable niche.



5. Pandai menulis review yang menguntungkan.
Kemahiran yang terpenting selain mencari trafik yang perlu ada pada seorang super affiliate adalah mempunyai kemahiran menulis review dengan baik. Review mencerminkan diri anda sendiri. Jika penulisan anda telus, jujur dan menarik, orang akan menghormati anda.

Seorang super affiliate tidak akan segan silu untuk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu. Ada berbagai cara untuk memberi review iaitu melalui penulisan, video dan audio.

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

Thursday, March 28, 2013

Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana pendapatan melalui affiliate ?

Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.

Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi kekayaan kepada mereka.

Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak mengenail pasti potensi sesuatu produk?

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.


Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.
Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau. Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.


Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk  tersebut.
Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.


Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.
Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

Wednesday, March 27, 2013

3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui affiliate dalam masa sekejap

Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi affiliate dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada perancangan anda.

Ada 3 langkah yang selalu di gunakan oleh IM antarabangsa untuk mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.

 You Play Big, You Gain Big.

Langkah pertama: Cari produk yang mempunyai komisyen yang tinggi.
Cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.


Langkah kedua : Cipta squeeze page untuk setiap produk.
Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.


Langkah Ketiga : Promosikan squeeze page anda dan teruskan promosi produk affiliate dalam mailing list anda.
Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih sendiri mengikut kemampuan anda.


Ya !! tiga langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had. Yang menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber  anda.

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

Tuesday, March 26, 2013

3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan

Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

1. Produk untuk di promosikan.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

2. Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

3. Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan

Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet

Monday, March 25, 2013

Tips Menjadi Seorang Super Affiliate

Super affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate. Ini kerana seorang super affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun, bukan mudah untuk bergelar super affiliate, berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di atasi.

Rintangan mental adalah jangan terlalu cepat berputus asa, sentiasa sabar dan sentiasa berusaha manakala rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih.

Kemahiran paling utama yang perlu ada pada seorang affiliate adalah mereka perlu mahir mencari trafik. Tiada trafik maka tiada wang yang akan di hasilkan kerana tiada prospek. Untuk anda mahir mencari trafik, anda perlulah dahulu menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman.

Namun, trafik adalah tidak berguna jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya. Seorang affiliate biasa, mereka akan pilih produk yang banyak pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi. Kemudian, mereka akan melakukan promosi dan mengharapkan ramai orang akan klik mereka dan seterusnya membeli produk melalui link mereka.

Satu nasihat untuk anda, jangan jadi affiliate biasa. Jadilah super affiliate. Super affiliate tidak akan menunggu komisyen datang secara rawak, super affiliate mencari pembeli. Mereka tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli produk affiliate mereka. Itulah bezanya seorang super affiliate dan affiliate biasa.

Untuk membantu anda menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima teknik yang seorang super affiliate perlu ada
1. Super affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate. Ini kerana seorang super affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun, bukan mudah untuk bergelar super affiliate, berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di atasi.

Rintangan mental adalah jangan terlalu cepat berputus asa, sentiasa sabar dan sentiasa berusaha manakala rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih.

Kemahiran paling utama yang perlu ada pada seorang affiliate adalah mereka perlu mahir mencari trafik. Tiada trafik maka tiada wang yang akan di hasilkan kerana tiada prospek. Untuk anda mahir mencari trafik, anda perlulah dahulu menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman.

Namun, trafik adalah tidak berguna jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya. Seorang affiliate biasa, mereka akan pilih produk yang banyak pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi. Kemudian, mereka akan melakukan promosi dan mengharapkan ramai orang akan klik mereka dan seterusnya membeli produk melalui link mereka.

Satu nasihat untuk anda, jangan jadi affiliate biasa. Jadilah super affiliate. Super affiliate tidak akan menunggu komisyen datang secara rawak, super affiliate mencari pembeli. Mereka tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli produk affiliate mereka. Itulah bezanya seorang super affiliate dan affiliate biasa.

Untuk membantu anda menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima teknik yang seorang super affiliate perlu ada
1. Tahu mencari niche yang profitable
2. Menjadi seseorang yang pandai menyelesaikan masalah
3. Belajar mengenal pesaing
4. Beri apa yang orang mahu
5. Pandai menulis review yang menguntungkan


Baca info selanjutnya : Teknik usahawan Internet